Friday, December 31, 2010

Di ambang akhir 2010

Selamat tinggal 2010

Selamat datang 2011

Selamat tinggal azam2 lama

Selamat datang azam2 baru

Selamat tinggal kenangan lalu

Selamat datang peristiwa2 yang bakal meninggalkan kenangan untuk aku

Thursday, October 21, 2010

Arghhh!!! Aku tertekan....

Masuk bulan Oktober nie adalah bulan yang paling down untuk aku.. Byk masalah bertimpa2.. Dengan gaji lambat laa, kereta meragam laa, personal matter laa.. Ini mungkin dugaan Allah kepada yang hambanya yg rasenye telah agak lalai menyempurnakan kewajipan kepada-Nya.

Bulan ni jugak aku tak tau camner kekuatan emosi aku sedikit terganggu oleh hal2 yang sedemikian. Ia jugak banyak mempengaruhi prestasi kerja aku lately. Memang agak obvious sebab bos aku sendiri perasan akan penurunan prestasi kerja aku..

sekarang nie,aku sedang berusaha untuk menyelesaikan satu persatu masalah yang aku hadapi agar aku dapat kembali kepada keadaan aku yang sediakala. Aku berterima kasih kepada semua rakan2 yang bersimpati dan sudi menghulurkan bantuan tetapi bukan aku menolak cuma aku lebih selesa cuba menyelesaikan konflik yang aku alami nie secara personal. Dari situ aku dapat belajar erti berdikari dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

aku harap,korang semua x bosan mendengar keluhan aku ini.. Moga2 dugaan yg aku hadapi ini sedikit sebanyak akan menjadi ringan dr semasa ke semasa..

~~sekian~~

Wednesday, September 29, 2010

Kembali Memanaskan Kerusi Yang Dah lame Ditinggalkan..

Salam rakan2 sekalian,

Rasenye dah terlalu lama aku x mengupdate blog aku ni memandangkan sangat bz dengan kerja2 harian yang semakin menimbun..

Kepada rakan2 sekalian,harap diberikan kemaafan seandainya anda semua tertunggu2 update yang senantiasa diharapkan di Blog aku nie..

Bermula hari ini,aku akan cuba sedaya upaya aku untuk senantiasa mengupdate Blog ini untuk tatapan semua rakan2.. Dalam mase terdekat ini juga aku sedang membina satu lagi Blog yang berkaitan dengan projek aku kelak...

Sebelum terlambat,aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Salam Lebaran utntuk kalian semua.. Maaf Zahir dan Batin

Salam Sejahtera.....

Thursday, April 29, 2010

Pejam Celik...Pejam Celik..

Aku xtau laa nak cakap camne.. Pejam celik,pejam celip..tup..tup..dh nak masuk setengah tahun dah.. Rasenye cam baru semalam aku sambut raya tahun 2009.. Ni lah aku rase satu kekuasaan yang maha Esa yang mane kite sebagai insan kerdil x pernah nak sedar bahawa kita sebenarnya dah hampir ke sampai penghujung.

"eh, ape la yang aku merepek ni?"

ok2, sebenarnye straight dari awal tahun smpai ke saat ini setiap bulan ade je kawan2 aku yang menamatkan zaman bujang diorg. Sedikit sebanyak member2 yang dulu rajin lepak sama2 makin lama makin susut dan rasanya suasana makin x happening.. Masing2 dah ade komitmen yang perlu di tanggung..

Biarlah diorang, jodoh aku lom sampai lagi.. Xtaulah bile aku akan nampak siapa jodoh aku. Sekarang ni aku sebok nak melayang bini xbernyawa aku ni.. Lagi baik duit abes kat dia dari abes kan mane2 pompuan yang belum tentu akan jadi pasangan kite kelak..

Anyway, sebelum aku menamatkan sesi mengarut aku ni aku rase masih belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada kawan2 aku yang dah menamatkan zaman single diorang.. Ape2 pon gud luck laa utk korang dalam ape2 xtvt yang akan korang lakukan..

~salam~

Wednesday, April 28, 2010

The BEAST Has Rise!!!

Setelah menunggu dengan penuh kesabaran akhirnya saat2x yang aku tunggu muncul jua akhirnya. Berkat kesabaran menempuh pahit jerih, aku berjaya memiliki apa yang telah lama aku idamkan 'Project Monster' aku telah siap dan sekarang aku akan menggelarnya sebagai 'The Silent Beast"..

Nak tau kenapa, tungguuu...

Huargghhhhh!!!

Dah agak lama aku x update blog aku nie..tibe2x jek terasa jari2x ni ringan je nak update blog usang aku yang dah penuh dgn sawang nie.. Sebenarnya bukan xnak update tapi oleh kerana kekurangan material dan ketandusan idea membuatkan aku kaku utk mengolah/mengupdate mahupun menaip dalam ruangan blod aku ni..

Sejak akhir2x nie,tahap ke-busy-an amat2x lah tinggi sehinggakan mase2x yang ade utk aku bersosial terpaksa aku tolak kebelakang demi mencari sesuap nasi lemak 50sen.. Tambahan pulak sejak Feb2010 sampailah awal April2010 aku sibuk menyetelkan xtvt men-convert enjin kete aku yang dah sampai expired datenye.. Dalam mase itulah secara perlahan2x xtvt memblogging aku pon menjadi perlahan lantas terus senyap setelah memulakan projek aku tue..

Tp sekarang,projek pon dah selesai, so aku terfikir untuk aktif semula berblogging dan post ini menjadi titik permulaan untuk aku untuk kembali aktif.. Aku juga bercadang untuk mewujudkan satu lagi blog yang hanya berkaitan dengan peluang2x utk aku menambahkan pendapatan aku kerana telah terdetik dalam hati aku ni utk mencari teman sehidup & semati..

So sebelum aku mengakhiri post ni,aku nak mengucapkan terima kasih pada kawan2 yang setia membaca blog aku walaupon 80% daripada input blog aku ini adalah hasil dr xtvt kemerapuan aku.. Sekian ~ salam ~

Monday, February 22, 2010

22/2/2010 - Kembali memanaskan kerusi kat opis

Seminggu aku cuti,rutin harian yang cuma makan dan minum akhirnya pada tarikh keramat ni aku pon telah kembali seperti biasa memanaskan kerusi2 yang dah lama aku tinggalkan.. Dan bermulalah kesinambungan aktiviti2 yang serasa aku agak familiar seminggu yang lepas tapi agak kekok untuk dimulakan kembali hari ini..

Target untuk permulaan adalah untuk biasakan diri dgn rutin2 yg telah seminggu ditinggalkan ditambah lagi dgn target untuk source out spare part untuk kete aku yang telah seminggu terbengkalai dek kerana sambutan CNY dimane semua kedai2 spare part & halfcut yang majoritinya dikuasai kaum cina telah tutup selama seminggu. Buat mase ini mmg terpakselah aku menjadi penumpang tegar keta org tua aku..

Diharapkan xkan ade masalah laa untuk aku dalam usaha membiasakan diri dgn suasana kerja semula & usaha mencari barang2 penting untuk kete aku tidak menjadi satu masalah yang besar..

Thursday, February 11, 2010

Kereta Aku semakin Nazak..

Semalam,tengah sedap2 drive balik dari opis tibe2 kete aku breakdown.Yang sakit atinye dia breakdown kat tengah2 highway time peak plak tu..Adess nasib aku x cukup baik plak ari tu. Dok laa aku tersadai kat tepi highway tu cam orang tongong.. Segala makhluk2 yang lalu kat highway tu usya aku cam aku wat salah besar plak.. Nasib baik uncle aku ngan bapak aku ade lalu highway tu.. Diorang terus port lepak teman aku.

Semalam kete aku breakdown dalam kol 5.45p.m tp kol 7.00p.m br tow truck sampai..adess dah laa port panas,wat aku cuak je dok situ.. Nasib baiklaa tow truck tu charge aku RM50 jer..Biasanye confirm RM80 onwards..

So arinie,aku gi keje menumpang adek aku jer..huhu,sedeynye..sob2..

Tuesday, January 26, 2010

Gempar 22/01/2010

Tanggal 22 Januari 2010 merupakan hari yang amat sedih bagi seluruh rakyat Malaysia lebih2 lagi rakyat negeri Johor. Ini kerana Duli Yang Amat Mulia Sultan Iskandar iaitu sultan yang memerintah negeri Johor telah mangkat menyahut seruan Ilahi kerana sakit tua.

Aku sebagai rakyat negeri Johor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada kerabat diraja di atas kehilangan yang tak terduga..

~AL-FATIHAH~